Wanita Maut 'Direbus' Hidup-Hidup..


Muara Teweh, Kalimantan: Seorang wanita 21 tahun mati direbus hidup-hidup selepas dia masuk ke dalam tong drum berisi air dalam usaha menyelamatkan diri ketika kebakaran memusnahkan 16 pusat karaoke di Lembah Durian atau Merong di Jalan negara Muara Teweh di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi Rabu itu, wanita itu dikenali sebagai Julia yang dipanggil Yaya sedang tidur bersama rakan sebiliknya, Riena, apabila mereka dikejutkan dengan jeritan memberitahu ada kebakaran,

Menurut laporan media di Kalimantan,

Julia baru seminggu bekerja sebagai wanita penghibur di pusat karaoke di kawasan itu selepas diajak Riena.

Tanpa membuang masa, Mereka terus bangun dan cuba berlari keluar melalui pintu depan namun api sudah terlalu marak menyebabkan mereka berpatah balik ke pintu belakang, namun juga gagal kerana api turut marak di situ.

Riena kemudian menarik Julia untuk terjun melalui tingkap dapur Julia yang takut, memilih masuk ke dalam tong drum berisi air yang ada di dapur manakala Riena nekad terjun melalui tingkap setinggi empat meter.

Selepas api berjaya dipadam pada 4 pagi, mayat Julia yang hanya memakai baju dan seluar dalam, ditemui dalam tong drum dalam keadaan seperti sudah direbus.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Muara Teweh sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan.
Sumber: Harian Metro
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment