Taska biarkan anak asuhan makan najis sendiri


SINGAPURA - Sebuah taska di Singapura didakwa mengabaikan anak-anak asuhan mereka dan gambar-gambar pendedahan wajah sebenar taska itu viral di media sosial, lapor Stomp

Gambar-gambar yang viral itu turut menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki memegang najisnya sendiri sebelum memasukkan jari ke mulut. Selain itu, kanak-kanak juga disuruh tidur di atas lantai tanpa sebarang alas, mahupun bantal. 

Pengadu, Singapore Tong juga mendakwa kakitangan taska Sam's Early Learning Centre di Jalan Singapura telah membuang susu tepung yang dibekalkan oleh ibu bapa untuk diberikan kepada anak-anak. Malah pihak taska tergamak memberi penghuni kecilnya itu makan buah-buahan yang hampir rosak. 



Tepung susu yang dibekalkan oleh ibu bapa dibuang - Singapore Tong | Foto - Stomp


Kanak-kanak dibiarkan tidur di atas lantai tanpa sebarang alas mahupun bantal Singapore Tong | Foto - Stomp


Laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak polis dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA). 

"ECDA ambil maklum dengan pendedahan yang viral di media sosial dan sedang menjalankan siasatan. Keselamatan dan kesihatan kanak-kanak di pusat penjagaan kanak-kanak adalah keutamana ECDA. 

"Di bawah Akta Pusat Penjagaan Kanak-Kanak, semua pusat-pusat penjagaan kanak-kanak dikehendaki menepati piawaian yang telah ditetapkan untuk melindungi keselamatan dan kebajikan kanak-kanak," kata jurucakap ECDA. 

Sementara itu, netizen di Singapura bagaikan tidak percaya perkara seperti itu boleh berlaku di negara mereka. Netizen juga mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik taska berkenaan. 

Sumber: The Reporter
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment