Pentingnya Senaman Kemut Bagi Wanita Untuk Menguatkan Otot Dan Mengatasi Masalah Rahim Jatuh. Jangan Abaikan Info ini..


Bagi wanita yang berdepan masalah rahim jatuh, amalkan senaman kemut atau juga dikenali sebagai senaman kegel. Senaman ini membantu menguatkan otot-otot vagina dan mengelakkan berlakunya masalah tombong ( rahim terkeluar dari vagina).

Walaupun wanita tahu kelebihan senaman kemut namun masih ramai yang tidak amalkan. Ada juga yang tiada pengetahuan mengenai senaman ini. 

1. Sebelum melakukan senaman kemut, anda perlu kenal pasti otot lantai pelvis. Untuk permulaan, tahan air kencing daripada mengalir. Ini cara mudah untuk mengenal pasti otot yang terlibat dalam senaman ini.

2. Bila dah kenal otot-otot ini barulah lakukan senaman kemut. Kemut bahagian yang terlibat selama tiga saat kemudian lepaskan. Ulangi langkah ini sebanyak 10 kali.

3. Jangan keraskan otot perut dan otot di sekitar lubang punggung.

4. Lakukan senaman ini sekerap mungkin untuk hasil yang terbaik. Sekurang-kurangnya lakukan tiga kali sehari.

Kelebihan Senaman Kemut/ Kegel

1. Ia mudah dan boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Senaman ini boleh dilakukan ketika anda duduk, berdiri atau berbaring.
2. Menguatkan dan mengencangkan otot-otot vagina.
3. Mengatasi masalah vagina yang longgar.
4. Membantu mengatasi masalah kentut vagina.
5. Ia juga senaman terbaik diamalkan untuk wanita yang sukar mengawal kencing.
6. Merapatkan vagina dan memberi kepuasan ketika hubungan intim.


Sumber: mingguanwanita
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment